BRIGED WAQAF

Sukarelawan JCorp terus berbakti

Info Briged Waqaf

Briged Waqaf merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja Johor Corporation dan Syarikat Dalam Kumpulan. Briged Waqaf bergiat aktif dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan program khidmat masyarakat.

Ia ditubuhkan selepas Johor Corporation berjaya menghulurkan bantuan semasa berlakunya bencana banjir besa ryang melanda negeri Johor pada penghujung 2006 dan awal 2007. Ia ditubuhkan pada 28 Jun 2007 dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Negara pada 19 Oktober 2009.

Kompeni dan Peranan

Briged Waqaf terdiri daripada 5 pasukan atau kompeni, iaitu:

 

1.  Pencari, Penyelamat &Sukarelawan

 

  • Kompen iAli Abi Talib.

  • Diterajui oleh Johor Land Berhad & Damansara Assets Sdn Bhd.

 

2.  Perubatan & Pertolongan Cemas

 

  • Kompeni Salahudin Al-Ayubi. Diterajui oleh KPJ Healthcare Berhad.

  • Dibantu Persatuan Bulan Sabit Merah Unit JCorp serta Hospital & Klinik Waqaf An-Nur.

 

3.  Kenderaan, Logistik &Prasarana

 

  • Kompeni Umar Al-Khattab

  • Diterajui oleh Kulim (Malaysia) Berhad.

 

4.  Bekalan Makanan & Minuman

 

  • Kompeni Tariq Ziad.

  • Diterajui oleh QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.

  • Dibantu KFC Malaysia & Ayamas.


5.  Pembersihan & Pemulihan

 

  • Kompeni Khalid Al-Walid. Diterajui oleh Johor Corporation.

  • DibantuTPM Technopark Sdn Bhd, Tanjung Langsat Port Sdn Bhd & syarikat-syarikat intraprenuer.

Briged Waqaf terus aktif sepanjang tahun 2016 dengan pelbagai aktiviti dan bantuan yang dihulurkan bagi meringankan beban masyarakat. Usaha murni ini telah mendapat kerjasama pelbagai pihak dan agensi kerjaan.

 

AKTIVITI BRIGED

18 Feb 2016 : Briged Waqaf telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500.00 dan barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa kebakaran di No. 4 Kg Parit Jerman, Telok Kerang, 82020 Pontian.

19 Feb 2016 : WANCorp melalui Briged Waqaf telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 berupa Cek, RM2,000 pembelian peralatan pembelajaran murid, Al-Quran 100 naskah, sejadah 50 helai dan rehal 50 buah kepada Sekolah Menengah Agama As-Sidiqiah Al-Islamiah, Padang Kerasak Naka, Alor Setar, Kedah.

9 Mei 2016 : Sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada anggota pekerja Johor Corporation yang telah di landa banjir kilat di 505 No 8B Jalan Yadi Teluk Gading Kecil 41250 Klang

6 Jun 2016 : Sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada anggota pekerja KPJ Puteri Specialist di alamat telah mengalami kerosakan bumbung akibat di landa ribut.

19 Sept 2016 : Sebanyak 80 rumah penduduk di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang telah dilanda ribut WANCorp melalui Briged Waqaf telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100.00 kepada setiap keluarga dengan keseluruhan sumbangan berjumlah RM8,000 bagi meringankan beban.

23 Oktober 2016 : Perbarisan Tahunan Briged Waqaf.

25 dan 29 Oktober 2016 : Seramai27 orang anggota Briged Waqaf dengan di ketuai Komander Briged Waqaf telah menyampaikan bantuan makanan Ayamas sebanyak 200 bungkus , Roti 300 pack dan Air Mineral 1000 Botol kepada pasukan keselamatan dan dan petugas Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang telah mengalami kebakaran.

Selain dari itu bantuan sebuah ambulans Briged dan 5 orang pasukan Medik Briged Waqaf  telah membantu memindahkan 4 orang  pesakit ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Pada 29 Oktober 2016 Anggota Briged Waqaf seramai 10 orang telah menghantar sekali lagi bantuan makanan kepada petugas pembersihan. Makanan berupakan 100 pack Ayam KFC telah di sampaikan kepada wakil pihak Hospital.