Info :

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minimum RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk berkerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan waqaf ini.

KWAN mula ditubuhkan pada 1998 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Bermula darisitu maka peranan klinik ini semakin berkembang.

Bermula 1 April 2017, Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur dan Klinik Waqaf An-Nur telah diserahkan kepada pihak KPJ Healthcare Berhad dan pengurusan operasi hospital dan klinik-klinik di selaraskan bawah Jawatankuasa Penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad

Sehingga kini terdapat  24 buah KWAN diseluruh Malaysia  termasuk sebuah Hospital Waqaf di Pasir Gudang dan Klinik Bergerak iaitu :

•        7 buah klinik termasuk sebuah hospital di Johor.

•        8 buah di Selangor.

•        2 buah di Negeri Sembilan dan Sarawak setiap satu.

•        1 buah di Perak, Pulau Pinang dan Kelantan setiap satu.

•        5 buah Klinik Bergerak:

i.        Klinik Bergerak Lembaga Zakat Selangor – Waqaf An-Nur

ii.       Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat – KPJ Damansara

iii.       Klinik Bergerak Yayasan Berdaftar – KPJ Tawakkal.

iv.      Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat - KPJ Perdana

v.         Klinik Bergerak – Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang

 

Manfaat

1.            Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

2.            Sehingga 31 Disember2017 sebanyak 1,443,674 rawatan telah diberikan kepada pesakit dirangkaian KWAN dan daripada jumlah tersebut 116,859 atau 8% adalah jumlah rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan Islam.

3.            Dengan kadar bayaran serendah RM5, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan.

4.            Seramai 307 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.

 

Perkhidmatan Dialisis di KWAN

§  KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di 7 buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM90.00 untuk satu rawatan, iaitu lebih murah berbanding pusat dialisis swasta lain.

§  Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut:

1.    Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor

2.    Klinik Waqaf  An-Nur, Taman BukitTiram, Ulu Tiram, Johor

3.    Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya, Johor

4.    Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Johor

5.    Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

6.    Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor

7.    Klinik Waqaf An-Nur Satok, Sarawak

·        Jumlah pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan dialisis di Hospital Waqaf dan rangkaian KWAN sehingga Disember 2017adalah seramai 142. Manakala jumlah keseluruhan pesakit yang telah dan sedang menerima rawatan adalah seramai lebih 300orang dengan jumlah  mesin dialisis sebanyak 64 buah.

 

Dana Klinik Waqaf An-Nur

§  WANCorp mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak mengisi Dana Klinik WaqafAn-Nur supaya ia dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.

§  Sumbangan bolehlah disalurkan melalui maklumat berikut:

o  Dana Klinik WaqafAn-Nur

o  Akaun Maybank Islamic 5510-1630-1344

o  Hubungi 07-2555 415/ 2543 200 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai