“Tarik minat generasi muda memulakan perniagaan”

 



Program Keusahawanan BISTARI terdiri daripada beberapa program iaitu:
• TUNAS BISTARI
• DIDIK BISTARI
• CATUR BISTARI
• CILIK BISTARI

Wawasan Program Keusahawanan BISTARI

Menjadi penggerak utama dalam mewujud dan membentuk generasi muda dan para belia d iMalaysia dengan ciri-ciri keusahawanan serta kepimpinan yang berketrampilan, berdikari, berkarisma dan mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.

SINOPSIS

  1. Johor Corporation terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan usahawan sejak 1992 (24 tahun)
  2. Johor Corporation telah melaburkan lebih daripada RM17 juta sejak program ini dijalankan.
  3. Seramai 34,125 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.
  4. Seramai 34 orang telah menjadi usahawan dan 66 orang sebagai golongan profesional.

SASARAN

Menyebarkan Program Keusahawanan BISTARI ke seluruh Malaysia.

PENCAPAIAN 2016

Sepanjang tahun 2016, seramai 1,050 pelajar dari 70 sekolah menengah dan 1,000
murid Sehingga 2016, seramai 20,725 pelajar dari 184 sekolah menengah telah terlibat dan mendapat manfaat daripada Program Tunas BISTARI. BAGI Didik BISTARI, 9,410 murid dari 163 sekolah rendah terlibat sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2005. Sementara itu, seramai lebih 390,000 orang peserta telah terlibat dengan papan permainan bisnes CATUR BISTARI dan CILIK BISTARI diseluruh Malaysia melalui pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan bermula tahun 2008.