Info program :

Penajaan penerbitan akhbar UtusanJawi selama dua tahun berturut-turut yang berakhir September 2017 telahmenunjukkan komitmen tinggi oleh JCorp dalam usaha mempertahankan khazanah danmembudayakan penggunaan tulisan Jawi terutama di kalangan generasi muda.

Portal Berita Jawi di Malaysia yangboleh di layari melalui www.utusanmelayu.com.my. Lebih dari 170,000 orangpengunjung telah mendapat pelbagai berita dan isu semasa di dalam tulisan jawi.

Susulan penajaan itu, PeraduanSemarak Jawi dianjurkan bagi membudayakan penggunaan tulisan jawi. Peraduanyang berlangsung selama setahun ini menawarkan hadiah utama berupa sebuahkereta Proton Iriz telah mendapat sambutan menggalakkan dikalangan orang muda.Peraduan yang terbahagi kepada dua kategori bulanan dan mingguan ini adalahyang dinantikan oleh pembaca akhbar dan portal Utusan Melayu. Seramai 312 orangpeserta menyertai peraduan bulanan dan 3744 orang menyertai peraduan mingguan.

 

PROGRAMDEKATI GENERASI MUDA

Susulan penajaan ini, programberbentuk lapangan yang dikenali sebagai Semarak Jawi dianjurkan bagimembudayakan penggunaan tulisan Jawi melalui pendekatan yang menyeronokkan,bukan sekadar sebagai suatu pembelajaran. Tiga jenis pengisian diwujudkan bagimenjayakan program ini iaitu Jelajah Jawi, Coretan Jawi dan PertandinganTulisan Khat. Program ini telah melibatkan pelajar Sekolah rendah dan menengahdari 11 buah daerah di Johor. Sehinggan 2017, seramai 3603 orang pelajar danguru dari 407 buah sekolah telah terlibat dengan program ini

 

Tiga jenis pengisian direkabentukbagi menjayakan program lapangan ini, iaitu:

1.   JelajahJawi:

Pertandinganantara sekolah ala ‘treasure hunt’ berasaskan tulisan Jawi. Peserta berlumbamelepasi halangan dan menjawab soalan-soalan yang mencabar kemahiran Jawimasing-masing.

2.   CoretanJawi:

Orangramai disediakan sudut berwarna-warni untuk menuliskan mesej ringkas mengenainegeri Johor dalam tulisan Jawi. Hadiah disediakan bagi penulis mesej palingkreatif dan menarik.

3.   PertandinganTulisan Khat:

Pesertadiberikan maklumat mengenai jenis dan teknik tulisan khat. Hasil penulisan khatmelalui bakat-bakat peserta dipertandingkan.

Sasaran

Generasi muda, melaluiSekolah-sekolah Menengah dan Rendah terpilih di setiap daerah di negeri Johor.

Manfaat

1.   Menghidupkansemula penggunaan tulisan Jawi yang tahap penggunaannya masih sederhanaterutamanya di kalangan generasi muda.

2.   Khazanahbangsa, iaitu Jawi dapat diperluas-kan sebagai suatu medium penulisan yanglazim, bukan sekadar dalam kitab-kitab lama sahaja.

3.   TulisanJawi menjadi lebih menarik untuk dipelajari dan diterokai.

 

Pencapaian:

1.   170,000pengunjung melayari portal berita Utusan Melayu.

2.   312orang peserta menyertai peraduan bulanan Semarak Jawi

3.   3744orang menyertai peraduan mingguan Semarak Jawi.