jawi itu merupakan antara identiti Melayu yang perlu kita pelihara,” Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin , Utusan Online – 8 Sept 2016

 

Info program :

Semarak Jawi adalah antara inovasi program tanggungjawab korporat Johor Corporation melalui WANCorp yang dilaksanakan oleh JBA. Susulan kepada visi program itu, Johor Corporation pada7 September 2016, meneruskan penajaan bagi tahun ke dua penerbitan akhbar Utusan Jawi selama setahun sebagai usaha mempertahankan khazanah dan membudayakan penggunaan tulisan Jawi terutama di kalangan generasi muda.

Dengan menaja penerbitan 5,000 naskhah Utusan Jawi seminggu , akhbar tersebut diedarkan ke sekolah terpilih di Johor pada setiap hari Isnin selama 52 minggu. Penajaan bagi tahun ke-2 ini ditambah baik dengan pengwujudan Portal Berita Jawi pertama di Malaysia yang boleh di layari dengan melayari www.utusanmelayu.com.my. Selain itu juga bagi menarik minat lebih ramai masyarakat terutama dikalangan generasi muda untuk membaca dan menulis jawi, Peraduan Semarak Jawi telah diadakan di akhbar Utusan Melayu Mingguan.


PROGRAM DEKATI GENERASI MUDA

Susulan penajaan itu, Semarak Jawi dianjurkan bagi membudayakan penggunaan tulisan Jawi melalui pendekatan yang menyeronokkan, bukan sekadar sebagai suatu pembelajaran. Tiga jenis pengisian diwujudkan bagi menjayakan program ini iaitu Jelajah Jawi,Coretan Jawi dan Pertandingan Tulisan Khat. Program ini telah melibatkan pelajar Sekolah rendah dan menengah dari 11 buah daerah di Johor.

 

Tiga jenis pengisian direka bentuk bagi menjayakan program ini, iaitu:

1.   Jelajah Jawi:

Pertandingan antara sekolah ala ‘treasure hunt’ berasaskan tulisan Jawi. Peserta berlumba melepasi halangan dan menjawab soalan-soalanyang mencabar kemahiran Jawi masing-masing.

2.   Coretan Jawi:

Orang ramai disediakan sudut berwarna-warni untuk menuliskan mesej ringkas mengenai negeri Johor dalam tulisan Jawi. Hadiah disediakan bagi penulis mesej paling kreatif dan menarik.

3.   Pertandingan Tulisan Khat:

Peserta diberikan maklumat mengenai jenis dan teknik tulisan khat. Hasil penulisan khat melalui bakat-bakat peserta dipertandingkan.

Sasaran

Generasi muda, melalui Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah terpilih di setiap daerah di negeri Johor.

Manfaat

1.   Menghidupkan semula penggunaan tulisan Jawi yang tahap penggunaannya masih sederhana terutamanya di kalangan generasi muda.

2.   Khazanah bangsa, iaitu Jawi dapat diperluas-kan sebagai suatu medium penulisan yang lazim, bukan sekadar dalam kitab-kitab lama sahaja.

3.   Tulisan Jawi menjadi lebih menarik untuk dipelajari dan diterokai.

1.   Sebanya k6 siri program telah dilaksanakan meliputi 10 daerah di negeri Johor.


Info Penajaan: Johor Corporation Taja Akhbar Jawi

1.   Johor Corporation telah meneruskan penajaan penerbitan Utusan Melayu Mingguan (Jawi)bagi tahun ke dua

2.   Tajaan adalah selama setahun, iaitu sebanyak 52 kali terbitan.

3.   Sebanyak 5,000 naskhah dicetak bagi setiap keluaran.

4.   Akhbar diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah terpilih, jabatan kerajaan dan tempat awam di negeri Johor.

5.   Portal www.utusanmelayu.com.my merupakan portal berita jawi pertama diwujudkan di Malaysia.

6.   Peraduan Semarak Jawi Mingguan & Bulanan diadakan bagi menarik lebih ramai masyarakat menulis dan membaca jawi.