Pelaburan dalam bidang hartanah adalah bertujuan untuk membantu peniaga bumiputra dalam mendapatkan premis untuk berniaga dengan menawarkan kadar sewa yang berpatutan,disamping menyediakan premis untuk program waqaf komuniti (Pusat Jahitan).

 

Sehinga Disember 2017 jumlahk eseluruhan aset yang dimiliki oleh WANCorp adalah sebanyak 49 unit aset yang berbentuk hartanah yang terdiri daripada kedai pejabat, rumah dan tanah.

 

Pada tahun 2017 penambahan aset melalui pembelian Menara Ansar hasil dari istibdal saham Kulim (M) Berhad telah berjaya dilaksanakan, pembelian 6 unit kedai pejabat di sekitar Johor Bahru dan 12 unit Rumah Teres Dua Tingkat di Pasir Gudang berjumlah RM176 juta telah dimiliki oleh WANCorp. Anggaran kesemua nilai aset WANCorp sehingga 2017 adalah sebanyak RM 202 juta.

 

 

Perbelanjaan: RM 176 juta bagi membeli 12 unit rumah di Pasir Gudang untuk dijadikan kuarters, 6 unit kedai pejabat dan istibdal (gantian) saham KULIM dengan Menara Ansar.

 

Manfaat :

·        Pelaburan jangka masa panjang

·        Menambah bilangan pusat jahitan komuniti dengan menyediakan premis untuk menjalankan aktiviti.

·        Menjana pendapatan daripada kutipan sewaan kedai yang boleh digunakan untuk penyelenggaraan hartanah yang ada

 

Pencapaian :

·        Sehingga Disember 2017, nilai semua aset hartanah yang dibeli bertambah kepada RM202 juta, berbanding RM51 juta pada tahun sebelumnya.

 

·        Kini WANCorp memiliki sebanyak 49 unit ase hartanah yang berbentuk bangunan komersial, kedai pejabat, rumah dan tanah berbanding 41 unit sahaja pada tahun 2016.

 

·        Sehingga 31 Disember 2017, jumlah unit hartanah yang telah diperoleh oleh WANCorp adalah sebanyak 6 unit kedai pejabat disekitar Johor Bahru, 12 unit rumah teres di Pasir Gudang dan Menara Ansar.