“Peluang peniaga bumiputeramendapatkan ruang berniaga di kawasan tumpuan”

 

Jumlah keseluruhan asset yang dimiliki oleh Waqaf An-NurCorporation Berhad (WANCorp) sebanyak 41 unit aset yang berbentuk hartanah. Anggaran kesemua nilai asset adalah RM 51 juta. Sebanyak 24 unit penambahan asset hasil dari manfaat istibdal KULIM (RM 40 juta) berbanding tahun sebelumnya. Aset-aset ini akan disewakan dan sebahagiannya akan dijadikan pusat program komuniti untuk masyarakat.



Pelaburan dalam bidang hartanah adalah bertujuan untuk membantu peniaga bumi putera dalam mendapatkan premis untuk berniaga dengan menawarkan kadar penyewaan yang berpatutan, disamping menyediakan premis untuk program komuniti (Pusat Jahitan).


SASARAN

Menyewakan kedai-kedai kepada peniaga khusus kepada peniaga bumiputera untuk mendapatkan premis perniagaan dan menambah bilangan pusat waqaf komuniti

PERBELANJAAN

RM 40 juta bagi membeli 24 unit kedai pejabat sekitar Johor bahru

MANFAAT

  • Pelaburan jangka masa panjang.

  • Dapat membantu peniaga Islam mendapat penyewaan premis pada kadar yang berpatutan.

  • Menambah bilangan pusat jahitan komuniti dengan menyediakan premis untuk menjalankan aktiviti.

  • Menjana pendapatan daripada kutipan sewaan kedai yang boleh digunakan untuk penyelenggaraan hartanah yang ada.


PENCAPAIAN

  • Sehingga Disember 2016, nilai semua aset hartanah yang dibeli bertambah kepada  RM51 juta, berbanding RM9.92 juta pada tahun sebelumnya.

  • Kini WANCorp memiliki sebanyak 41 unit aset hartanah yang berbentuk kedai pejabat, rumah dan tanah berbanding 17 unit sahaja pada tahun 2015

  • Sehingga 31 Disember 2016, jumlah unit hartanah yang telah dibeli oleh WANCorp adalah sebanyak 24 unit lot kedai pejabat yang terletak di sekitar Johor Bahru.