Carian


Rangkaian Masjid An-Nur

Rangkaian Masjid An-Nur



Rangkaian Masjid An-Nur merupakan masjid yang dibina dan diwakafkan oleh JCorp dan diuruskan oleh WANCorp. Johor Corporation (JCorp) membina dan menguruskan 6 buah Masjid dalam kawasan pembangunannya di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Masjid-masjid itu diuruskan melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Tiga daripada masjid itu terletak di kompleks perniagaan manakala tiga buah lagi ialah masjid kariah iaitu Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Masjid An-Nur Kotaraya, Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar, Masjid An-Nur Larkin Sentral, Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang dan Masjid An-Nur Taman Cendana. Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn yang kini mula menjadi salah sebuah masjid utama bagi pelbagai aktiviti keagamaan di negeri Johor. Masjid-masjid ini turut mengadakan program-program ilmu dan program kemasyarakatan. Setiap masjid terletak di lokasi strategik menjadikannya penting serta mendapat tumpuan ahli kariah untuk beribadah serta mengadakan program-program lain.

ANGGOTA PEKERJA DI MASJID

Bagi memastikan perjalanan masjid teratur dan di dalam keadaan yang baik terdapat 12 orang imam (Eksekutif Agama) 12 orang bilal (Pembantu Eksekutif) yang mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing termasuk dalam seni pembacaan Al-Quran dan ilmu agama telah dilantik. Emolumen anggota pekerja masjid ditanggung oleh WANCorp bagi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Islam di sekitarnya.

 

INOVASI MASJID

Rangkaian Masjid An-Nur meningkatkanprogram-program inovasi bagi mendekatkan lagi Rangkaian Masjid An-Nur denganmasyarakat. Inovasi ini perlu bagi memastikan institusi agama ini sentiasamenjadi tumpuan dan rujukan oleh masyarakat. Beberapa inisiatif telah dibuatoleh Rangkaian Masjid An-nur antaranya :

Laman Web ini dibangunkan bertujuan untukmemberi maklumat yang lebih lengkap kepada masyarakat tentang Rangkaian MasjidAn-Nur. Perkongsian Jadual Aktiviti,gambar dan perkhidmatan serta maklum balas melalui laman web ini membolehkanmakluman aktiviti masjid ini diakses di mana-mana sahaja.

MARI BERINFAQ

Pendermaan secara digital oleh Rangkaian Masjid An-Nur boleh dilakukan pada ruang pautan di bawah.

PROGRAM MASJID



Antara program rutin harian, mingguan dan bulanan yang dianjurkan di Masjid An-Nur adalah Kuliah Maghrib, Tazkirah Jumaat, kelas Pengajian Al-quran, kelas Feqah Wanita, MajlisYasin Tahlil dan Doa Selamat, Ceramah Bulanan, Gotong Royong disamping program sambutan hari-hari penting dalam Islam dan program Tafaqquh An-Nur. Program Tafaqquh An-Nur yang dikendalikan sepenuhnya oleh imam Rangkaian Masjid An-Nur meliputi Majlis Bacaan Zikir Asma’ Ul-Husna & Ratib Al-Attasdi Masjid An-Nur Larkin Sentral dan Tafsir Al-Quran di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang. Beberapa Program Latihan dan Dakwah telah diatur bagi meningkatkan kemahiran anggota pekerja masjid disamping meningkatkkan lagi ilmu yang berkaitan. Program ini diadakan pada setiap hari rabu & khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pengisian program pada hari rabu ialah Usrah dan Pengajian Aqidah manakala pada hari khamis ialah Pengajian Feqah.


Kelas-kelas Pengajian sepanjang tahun

BIL KELAS PENGAJIAN KEKERAPAN
1 Kuliah Maghrib Setiap Hari
2 Budaya Quran & Sunnah Setiap Hari
3 Kuliah Subuh Mingguan
4 Tazkirah Jumaat Mingguan
5 Kelas Al-Quran Lelaki & Wanita Mingguan
6 Kelas Feqah Wanita Mingguan
7 Kelas Pengajian Falak & Al-Hikam Mingguan
8 Kelas Tahfiz Al-Quran Mingguan
9 Kuliah / Ceramah Khas Bulanan Bulanan




Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di Rangkaian Masjid An-Nur sepanjang bulan Januari sehingga Disember

BIL AKTIVITI / PROGRAM
1 Kursus Pengurusan Jenazah
2 Kursus Perubatan Islam
3 Forum Perdana
4 Kursus Asas Haji
5 Smart Solat
6 Program Berkhatan
7 Kursus Penyembelihan
8 Maulidur Rasul


MASJID PELANCONGAN


MASJID SULTAN ISKANDAR, BANDAR DATO' ONN Masjid Sultan Iskandar mula dikenali sebagai Masjid Pelancongan pada tahun 2018 dan mula menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Pada tahun 2019, masjid ini telah menerima pengiktirafan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
19 Disember 2019, Islamic Information Centre (IIC) telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai. IIC ini memberi peluang orang ramai untuk mengenali lebih lanjut mengenai keindahan islam dan senibina Masjid Sultan Iskandar. Para pengunjung juga turut berpeluang menyaksikan replika Al-Quran dari pelbagai terbitan dan juga sejarah serta keindahan Kaabah menerusi mesin hologram yang disediakan.