Carian


Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur

INFO RANGKAIAN KLINIK WAQAF AN-NUR


Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh JCorp melalui WANCorp. Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar di bawah KPJ. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minima RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk bekerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan wakaf ini.

KWAN mula ditubuhkan pada 1998 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Galleria @ Kotaraya. Bermula dari situ maka peranan klinik ini semakin berkembang. Bermula 1 April 2011, Pengurusan KWAN telah diserahkan kepada pihak KPJ dan pengurusan operasi hospital dan klinik-klinik di selaraskan bawah Jawatankuasa Penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan KPJ.

Bermula Januari 2019, Hospital Waqaf An-Nur di Pasir Gudang telah ditukar taraf kepada Klinik Waqaf An-Nur dan masih memberi fokus perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan dialisis.

Sehingga 2019 terdapat 22 buah KWAN di seluruh Malaysia termasuk Klinik Bergerak iaitu :


  • JOHOR : Enam (6) buah
  • SELANGOR : Lima (5) buah
  • NEGERI SEMBILAN : Dua (2) buah
  • SARAWAK : 2 buah
  • PERAK, PULAU PINANG, KELANTAN : 1 buah klinik

4 BUAH KLINIK BERGERAK


  • KPJ SELANGOR- Klinik Bergerak Lembaga Zakat Selangor
  • KPJ DAMANSARA - Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat
  • KPJ PERDANA : Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat )
  • WANCORP -Klinik Waqaf An-Nur Pasir Gudang

MANFAAT


  • Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.
  • Sehingga 31 Disember 2019 sebanyak 1,856,781 rawatan telah diberikan kepada pesakit di rangkaian KWAN dan daripada jumlah tersebut 167,110 atau 9% adalah jumlah rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan Islam.
  • Dengan kadar bayaran serendah RM5, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan.
  • Seramai 187 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.

PERKHIDMATAN DIALISIS DI KWAN

KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di sembilan (9) buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM90.00 untuk satu rawatan, iaitu lebih murah berbanding pusat dialisis swasta lain.



Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut::

Klinik Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor

Klinik Waqaf An-Nur, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, Johor

Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya, Johor

Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Johor

Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor

Klinik Waqaf An-Nur Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Klinik Waqaf An-Nur Sg. Buloh, Selangor

KWAN Masjid Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang



Jumlah pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan dialisis di rangkaian KWAN sehingga Disember 2019 adalah seramai 187 orang. Manakala jumlah keseluruhan pesakit yang telah dan sedang menerima rawatan adalah seramai lebih 350 orang dengan jumlah mesin dialisis sebanyak 72 buah.

DANA KLINIK WAQAF AN-NUR


WANCorp mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak mengisi Dana KWAN supaya ia dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat berikut:

MAYBANK

5510-1630-1344

*Hubungi 07-2192692 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai*

Para penyumbang layak mendapat potongan cukai daripada pendapatan agregat tahunan

INFAQ WARISAN

Bagi menambah dana KWAN dan mengajak lebih ramai masyarakat untuk berinfak, program Infaq Warisan telah diperkenalkan pada tahun 2019. Menerusi program ini, para penyumbang bukan sahaja menyalurkan dana kepada KWAN malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui program tanaman pokok.

Bagi sebarang pertanyaan untuk menyertai program ini boleh hubungi :07-2195118 / 07-2192756